Jul 10, 2007

Jun lalu :)

Anakanda Along :)


Besar hati saya bila dipanggil begitu oleh Tuan Guru besar. Majlis penutup Kem Bina Insan selama 2 hari di SK Taman Bunga Raya (1) Rawang, Selangor berjalan dengan selamatnya 17 Jun lalu. Alhamdulillah. Dan, sepanjang hari itu, macam-macam pengalaman baru yang ditimba.

---------

Modus operandi program kali ini lebih kepada pembinaan sakhsiah diri, dan kesedaran terhadap peperiksaan UPSR yang akan menjelma tak lama je lagi. Adik-adik yang hampir 400+ itu, agak sukar juga ditutup mulut mereka...[huhu]

Jadi kami pilih konsep 'learning in fun' sepanjang program 2 hari itu berlangsung.


Menjadi, dah nama kanak-kanak: suka bermain :) Juga, kena turunkan level of thinking jadi kanak-kanak. Sesekali main celet-celet jari dengan mereka. Tanda sekepala. Sukanya hati mereka.

Sepanjang hari, disiplin tetap kami ingatkan. Memekik dan menjerit tak dapat nak dielakkan, walau kami tahu bukan ada bagusnya melolong-lolong dan memarahi. Tapi, terpaksa untuk mengawal keadaan yang agak bising.

---------

"The Terminal"

Modul ni memerlukan adik-adik berlari-lari. Tak kiralah macam mana pantas atau lambat, mereka ada tugasan untuk disiapkan. Adik-adik dikehendaki mencari nama-nama tempat dan dicatatkan pada satu kertas. Nama-nama tempat itu pula diletakkan secara bersepah sepah. Belakang tong sampah, belakang pintu, celah pasu bunga.

"Are you ready?"

"Yes"

Maka bermulalah kejar-mengejar, larian dan pemecutan adik-adik. Bersepah-sepah. Satu panorama yang sungguh tak terkata.

"Aduh..penatlah Along"-seorang peserta mengadu pada saya setelah hampir 15 minit dia dan semua peserta berlari tak henti-henti.

Saya senyum. Tunjukkan ibu jari tanda semangat. Dia angguk-angguk. Terus berlari-lari semula. Saya yang terharu..

--------

"Adik-adik!"

"Saya along!"

[Bergema suara sahutan itu. Kuat dan masih semangat]

"Tahniah kerana dapat menyelesaikan tugasan tadi. Jika tugas ini dapat adik-adik selesaikan, Along percaya adik-adik memang ada ciri-ciri orang yang cemerlang"

[Adik-adik diam, semuanya tekun mendengar]

"Adik-adik, Along bangga dengan adik-adik. Walaupun tidak ada kumpulan yang dapat senarai tempat tadi dengan tepat, tapi adik-adik dah pun mencuba. Adik-adik tak putus asa. Bagus!

Jika adik-adik mampu melalui laluan seperti tadi, sangat mustahil jika adik-adik tak mampu hadapi ujian UPSR dan mendapat 5A juga. Adik hanya perlu lebihkan usaha macam tadi. Bersungguh-sungguh. InsyaAllah, pasti boleh mencapai 5A"

Yakin tak?

Yakin!

Boleh tak dapatkan 5A?

Boleh!

--------

Suara-suara itu bergema. Bergema ke segenap arah, dan menusuk dalam ke jiwa. Saya rasakan.


Kerna saya amat percaya, tiap manusia ada potensi jadi orang cemerlang. Cuma perlu dicari dan diusaha. Cuma perlu jadi gigih, kreatif, berwawasan, berilmu, aktif, jujur, amanah, cemerlang....macam nama-nama kumpulan adik-adik saya di SK Taman Bunga Raya.

Hanya jika KITA mahu berubah :)

Terima kasih juga untuk sahabat-sahabat fasilitator dari Personal Growth Group (PGG, UIAM), demi sikap bersungguh dan kesudian mereka bersama-sama saya dalam menyudahkan Kem Bina Insan 2007.

Moga usaha ini, do'a dan kepercayaan kami akan direalisasikan. Kerna Tuhan itu takkan sia-siakan diri yang berusaha dalam kadar terbaik. Takbir!!!

-------

Jika anda saksikan betapa kentalnya adik Raja Amira Husna bersama kami dalam program ini, anda pasti akan keharuan juga...dia benar gadis yang tabah..

No comments: